• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dibenarkan Pulang, Keadaan Siti Sarah Kini Stabil

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Menurut suami kepada pelantun lagu Kesetiaan itu, Shuib berkata dia telah membawa Sarah ke hospital sekitar jam 1 pagi bagi mendapatkan rawatan.

Jelasnya lagi, keadaan Sarah yang begitu lemah menyebabkan dia berasa risau dan cemas akan keadaan isteri kesayangannya itu.

“Nasib baik rumah dekat, kalau tidak doktor cakap perkara lebih buruk akan berlaku. Ini adalah situasi paling teruk saya hadapi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin.

“Saya takut sangat sebenarnya. Pukul 6 pagi tadi tekanan darah­nya turun mendadak tetapi tidak lama kemudian kembali normal, Alhamdulillah,” katanya memetik sebuah portal online.

Baca: Hari Terakhir Di Sinar, Shuib Teman Sarah Di Hospital

Terbaru, Shuib memaklumkan kesihatan isterinya ketika ini beransur pulih dan Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya.

Dalam pada itu, penyampai radio terkenal ini turut menafikan dakwaan segelintir anggota masyarakat yang beranggapan kononnya Sarah dimasukkan ke hospital berpunca daripada amalan diet yang diamalkan.

“Bukan kerana diet. Siti Sarah pernah juga kena gastrik dan sesak nafas, tetapi kali ini adalah paling teruk setakat ini. Sebab itu saya takut sangat,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Shuibshuib sepahtuSiti Sarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ysuku: Shuib Bengang Kaitkan Dengan Artis

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak Shuib kesal kerana ada pihak yang mengaitkan amaran polis untuk tidak mengubah suai motosikal Y15ZR atau...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang Dengan Isteri”

03/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku yang baru dibelinya. Menerusi Instagramnya Shuib menulis;...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd