• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tetap Benteng Terakhir Islam & Melayu

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tetap menjadi benteng terakhir mempertahankan Islam dan Melayu di negara ini walaupun dihimpit dan diuji dengan persepsi kebencian dan negatif oleh sesetengah masyarakat umum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Naib Presiden UMNO itu berkata masyarakat khasnya mahasiswa perlu lebih bijak dan tidak terperangkap dalam permainan “court of public opinion” dan sebaliknya perlu cenderung melihat kepada rekod pencapaian dan kejayaan UMNO selama ini.

“Hodoh sangat ke UMNO? Kotor sangat ke UMNO? UMNO dihukum oleh ‘court of public opinion’. Apabila kebatilan, pembohongan diulang-ulang, ianya menjadi satu stigma kepada pola pemikiran yang akhirnya UMNO yang dikotorkan itu dianggap kotor. Kebenaran lazimnya datang kemudian.

“UMNO adalah ‘last bastion of the Muslim and Malay in this country’. Rekod kita memperlihatkan pencapaian dan kejayaan tanpa kita berniat untuk riak mahupun takbur. Kita hidangkan rekod ini ke khalayak untuk dinilai,” kata Ahmad Zahid yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) yang turut dihadiri Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Ketua Pemuda UMNO Pahang merangkap Pengarah Pemanas Shahar Abdullah.

Pemanas merupakan program anjuran Biro Pendidikan UMNO yang dihadiri 350 peserta terdiri daripada mahasiswa di dalam dan luar negara bagi membincangkan pelbagai isu anak muda khususnya berkaitan mahasiswa selaras dengan program menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baru’.

Ahmad Zahid berkata justeru menjadi tugas dan tanggungjawab mahasiswa selaku pemimpin masa depan untuk menjernihkan keadaan dan mempertahankan parti keramat Melayu itu.

“Tugas dan tanggungjawab saudara semua adalah melontarkan fakta mengenai indahnya UMNO sebagai sebuah organisasi politik serta sebagai sebuah institusi sosial orang Melayu yang tidak ketepikan bangsa lain.

“Anda tidak salah pilih untuk jadi ahli UMNO. Malah anda paling bertuah sebab memilih UMNO. Amat rugi jika ada anak-anak muda yang ketepikan UMNO,” katanya yang berharap kecemerlangan UMNO diteruskan oleh generasi muda selaku arkitek masa depan negara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan mahasiswa agar menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang paling berjiwa besar dan relevan dalam merealisasikan aspirasi golongan muda.

Beliau berkata ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berada di belakang belia dalam melaksanakan agenda transformasi negara.

“Belajarlah daripada beliau dan inisiatif dalam NBOS (Strategi Lautan Biru Nasional) dan transformasi yang dilakukan beliau. Walaupun beliau diterajang dengan pelbagai isu, disimbah pelbagai fitnah, dihujani pelbagai peluru kebencian, namun daya tahan beliau luar biasa.

“Pemimpin seperti ini harus kita dukung. Ini bukan hanya soal wala, bukan hanya soal ‘loyalty’, bukan soal kesetiaan sahaja kita tidak mahu kesetiaan membabi buta,” katanya.

Menurutnya kesetiaan beliau dan pemimpin UMNO lain terhadap kepimpinan Najib adalah kerana yakin terhadap falsafah dan usaha Perdana Menteri untuk membantu membangunkan negara dan orang Melayu, dan pada masa sama tidak mengetepikan hak-hak bangsa dan negara lain. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

26/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan isteri, Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke majlis...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd