• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Komited Banteras Dadah Di Kuala Kedah

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Komited membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, polis daerah Kota Setar akan menjadikan Kuala Kedah sebagai kampung angkat pada tahun 2018.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata Kuala Kedah dipilih sebagai kampung angkat bagi fasa ketiga berikutan kawasan berkenaan dilabel antara kawasan yang mencatakan kes tangkapan dan penglibatan dadah yang agak tinggi terutamanya dalam kalangan nelayan.

“Bagi program kampung angkat ini kita telah menjalankan fasa pertama dan kedua di Pokok Sena yang melibatkan Kampung Budi dan Kampung Keda Batu 13 dan hasilnya sangat memberangsangkan apabila aktiviti pengedaran dadah di situ bersih 100 peratus.

“Tahun hadapan, kita ingin bersihkan kawasan Kuala Kedah daripada terus dilabel sebagai kawasan positif dadah. Namun setakat ini kita masih belum tentukan kampung mana yang akan dijadikan kampung angkat,” katanya kepada pemberita selepas program kayuhan basikal di sini, hari ini.

Katanya, kawasan Kuala Kedah yang berada di antara sempadan laut menjadi antara faktor penyumbang kepada kes dadah kerana penagih atau pengedar menggunakan jalan laut untuk menjalankan aktiviti itu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Mohd Rozi berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut selain membolehkan maklumat berkaitan dadah di kawasan mereka disalurkan.

“Dengan adanya kerjasama ini, polis boleh mendapat maklumat secara langsung mengenai individu yang terlibat dadah di kawasan itu daripada pihak JKKK. Apabila maklumat diperoleh, kita akan pergi melihat situasi penagih tersebut bagi mengenal pasti punca mereka terlibat dalam najis dadah ini.

“Apabila ia dijalankan kita akan lihat keberkesanannya dalam tempoh tiga bulan. Sekiranya ia berkesan kita akan teruskan program ini dan sekiranya tidak kita akan cari cara lain untuk membanteras gejala ini,” katanya.

Katanya, dia juga berharap masyarakat setempat dapat membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat sekiranya tahu mana-mana individu yang terlibat atau kawasan yang dijadikan sebagai tempat kegiatan dadah. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Rozi Jidindadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd