• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Anggota Polis Selamatkan Adik Beradik Dari Kebakaran

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan pantas empat anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9 di sini yang sedang terbakar berjaya menyelamatkan dua adik-beradik yang terperangkap.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada pukul 10.32 pagi tadi empat anggota peronda polis yang tiba awal di tempat kejadian telah memecah masuk pintu utama unit kondominum itu selepas mendapat maklumat daripada pusat panggilan kecemasan bahawa disyaki ada mangsa terperangkap.

“Anggota ini mempertaruhkan nyawa mereka mencari mangsa ketika api sedang marak dan berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di salah satu bilik tidur dan abangnya berumur 29 tahun di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafien berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dua jentera dengan 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja panggilan diterima.

“Api dapat dikawal lima minit kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
– Bernama

Tags: ACP Shafien Mamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

18/01/2018
0

SHAH ALAM – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke landasan komuter...

Penganggur Ditahan Terlibat Kes Samun, Cabul

25/10/2017
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun dan cabul wanita di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd