• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke landasan komuter di Jalan Persiaran Tengku Ampuan berdekatan Bulatan Sejahtera di Seksyen 15 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada 9.58 pagi itu mangsa, Nabil Haqim Mohd Redzuan, 20, hanya cedera ringan di belakang badan selepas kereta yang dipandu terhumban kira-kira 10 meter ke landasan itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai dalam perjalanan dari arah Bulatan Megawati di sini menghala ke Bulatan Sejahtera.

“Kereta mangsa yang melalui Jalan Persiaran Tengku Ampuan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh ke bawah serta menghalang satu daripada landasan komuter. Mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terpaksa menutup satu landasan bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan kereta itu dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan tren komuter lewat hampir dua jam kerana perlu beroperasi secara dua arah dengan menggunakan satu landasan.

Landasan berkenaan dibuka kembali kira-kira pukul 1 tengah hari. – BERNAMA

Tags: ACP Shafien Mamat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

4 Anggota Polis Selamatkan Adik Beradik Dari Kebakaran

29/11/2017
0

SHAH ALAM - Tindakan pantas empat anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9 di...

Penganggur Ditahan Terlibat Kes Samun, Cabul

25/10/2017
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun dan cabul wanita di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd