• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 64% Kes Diselesaikan Setakat Oktober

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Sebanyak 63.84 peratus atau 173 daripada 271 keseluruhan kes jenayah indeks diselesaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sejak 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata penyelesaian kes itu melibatkan kes jenayah keganasan serta jenayah harta benda.

“Peratusan tinggi penyelesaian membuktikan kemampuan dan komitmen polis dalam menangani kes jenayah di daerah ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Lahad Datu di sini, hari ini.

Setakat Januari hingga Oktober ini juga, kadar indeks jenayah dicatatkan menurun kepada 271 kes berbanding 300 pada tempoh sama tahun lalu.

“Kes direkodkan tahun ini termasuk dua kes bunuh, 13 kes samun, 30 kes kecurian motosikal dan 69 kes pecah rumah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah berkata bagi tempoh sama seramai 160 individu ditahan terlibat kes dadah di Lahad Datu dengan 21 kes membabitkan 28 individu direkodkan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua warga IPD Lahad Datu agar tidak bersekongkol dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan yang menyumbang kepada jenayah rentas sempadan seperti penyusupan masuk pengganas ke negara ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

26/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan isteri, Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke majlis...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd