• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPS Kelantan Jangka Tumpat Dilanda Banjir Berlarutan

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menjangkakan jajahan Tumpat akan dilanda banjir berlarutan sepanjang Disember depan, memandangkan terdapat empat episod air pasang besar dijangka berlaku pada bulan berkenaan.

Pengarahnya Kamal Mustapha berkata fenomena air pasang besar Laut China Selatan yang paling hampir dijangka berlaku pada 2 hingga 5 Dis ini, dengan ketinggian 1.6 meter.

“Dalam tempoh sama, dijangkakan hujan masih berterusan namun tahapnya diturunkan daripada bahaya kepada buruk.

“Jika hujan berterusan dan air Sungai Golok masih bertahan pada paras 10.5 meter seperti minggu ini, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena air pasang besar, ia akan menyebabkan jajahan Tumpat dilanda banjir berlarutan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tumpat merupakan jajahan terbaharu dilanda bencana itu apabila 28 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Mengulas lanjut, Kamal berkata JPS Kelantan memantau rapi perkembangan semasa banjir di Kelantan menerusi perkongsian data taburan hujan di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan Diraja Thailand.

Beliau berkata ini berikutan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berkongsi Sungai Golok sebagai batas sempadan negara.

“Sekiranya data diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan taburan hujan sudah berkurangan di negeri ini, namun kami juga perlu membuat semakan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand mengenai taburan hujan di kawasan selatan Thailand.

“Ini kerana aliran air hujan dari selatan Thailand akan memasuki Sungai Golok dan melalui Rantau Panjang di Pasir Mas dan Tumpat sebelum mengalir ke Laut China Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata pihaknya juga meninggikan benteng di Kampung Pulau Kundur di sini, yang sebelum ini terjejas dengan hakisan pantai bagi mengelak rumah penduduk dimasuki air laut akibat fenomena air pasang besar.

Beliau berkata ia berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku pada Jumaat dan Sabtu lepas dengan ketinggian 1.4 meter menyebabkan beberapa rumah dimasuki air kerana limpahan air laut. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd