• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Luluskan 11,606 Permohonan Guru Duka Lara

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 11,606 permohonan pertukaran guru ‘duka lara’ dari Januari 2016 hingga Januari 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata kelulusan permohonan itu dibuat selepas mengambil kira empat kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan, keperluan opsyen di negeri serta daerah yang dipohon.

“Kementerian sentiasa berusaha dalam memastikan isu guru ‘duka lara’ ini akan dapat diselesaikan. Bagaimanapun, masalah ini akan sentiasa wujud kerana urusan perpindahan tempat kerja pasangan guru atau guru baharu yang berkahwin sentiasa berlaku.

“Perpindahan guru tidak hanya berlaku sekali atau dua kali seperti dahulu, malah sepanjang tahun berlaku pertukaran,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) berkenaan isu itu.

IsItilah “duka lara” digunakan di kementerian itu bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.

Chong berkata empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dianggap kritikal berikutan menerima jumlah permohonan tinggi untuk berpindah ke negeri itu tetapi menghadapi kekangan kekurangan jawatan kosong.

“Di Kelantan misalnya, kekosongan jawatan di sekolah menengah hanya 40, tetapi permohonan masuk ke negeri itu yang diterima ialah sebanyak 1,999 permohonan,” katanya.

Katanya selain guru ‘duka lara’, kriteria lain yang dipertimbangkan untuk permohonan pertukaran guru ialah kes sakit kronik, ancaman keselamatan diri dan tempoh perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: Chong Sin WoonGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd