• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan setakat 8 pagi ini dengan 6,961 mangsa dipindahkan berbanding 5,016 orang setakat 9 malam tadi.

Tumpat merupakan jajahan terbaharu dilanda bencana itu apabila 28 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Setakat ini, 90 PPS dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,963 orang daripada 1,145 keluarga yang dipindahkan ke 34 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,261 mangsa daripada 310 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Di Machang, 685 mangsa daripada 212 keluarga masih tinggal di tujuh PPS manakala 589 mangsa daripada 185 keluarga ditempatkan di enam PPS di Pasir Puteh.

Di Tanah Merah pula, 560 mangsa daripada 149 keluarga dipindahkan ke 17 PPS manakala di Jeli, 345 mangsa daripada 95 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Sejumlah 304 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Bachok manakala di Kuala Krai, seramai 226 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.56 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.44 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Hujan kadangkala lebat masih dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Kelantan malam tadi. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd