• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Daerah Terjejas, Mangsa Banjir Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,019 orang daripada 726 keluarga setakat pukul 10 malam tadi berbanding 1,748 orang (663 keluarga) pada pukul 4 petang semalam.

Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) baharu kini dibuka di tujuh daerah menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi kepada 49 di seluruh negeri.

Mengikut laporan portal Info Banjir, Daerah Besut mencatat kenaikan jumlah mangsa mendadak iaitu 449 orang (154 keluarga) setelah tujuh PPS baharu dibuka menjadikan jumlah keseluruhan sembilan PPS beroperasi di daerah itu ketika ini.

Meskipun Daerah Hulu Terengganu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 782 orang (361 keluarga) berbanding 820 orang (366 keluarga) sebelum ini namun ia kekal sebagai daerah paling ramai mangsa banjir dengan 18 PPS di daerah itu ketika ini.

Jumlah mangsa banjir di Setiu juga menurun kepada 365 orang (97 keluarga) berbanding 419 orang (109 keluarga) petang tadi.

“Di Marang pula, terdapat sedikit kenaikan iaitu 71 orang (23 keluarga) berbanding 64 orang (19 keluarga) setelah satu PPS baharu dibuka manakala di Dungun, seramai 159 orang (45 keluarga) berbanding 164 orang (45 keluarga).

“Di Kuala Nerus pula, terdapat 126 orang (32 keluarga) di dua PPS manakala Kuala Terengganu yang merupakan daerah terbaharu dilanda banjir menyaksikan 67 orang (14 keluarga) ditempatkan di dua PPS yang baru sahaja dibuka pada pukul 7 dan 9 malam tadi,” menurut portal itu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd