• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Sedia Gerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan yang akan bertugas 24 jam sekiranya keadaan banjir semasa musim tengkujuh sekarang bertambah buruk.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata bilik gerakan di negeri-negeri terlibat banjir juga akan dibuka bagi memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini berkenaan banjir.

Wan Nazmy berkata jika terdapat pencawang elektrik yang ditenggelami air dan operasinya terpaksa dihentikan, penyambungan semula elektrik hanya akan dibuat selepas keadaan selamat.

“Pasukan ini akan membuat penyambungan semula bekalan elektrik yang terputus akibat pokok tumbang, pencawang elektrik dinaiki air dan sebagainya dengan kadar segera sebaik sahaja ia selamat digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik sekiranya premis mereka dinaiki air dan mereka juga diingatkan supaya tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang lembab dan basah.

“Setelah banjir surut, pengguna dinasihatkan supaya mendapat khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian di dalam premis yang dinaiki air,” katanya.

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan untuk segera menghubungi TNB di talian 15454 untuk tindakan segera. – BERNAMA

Tags: BanjirTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd