• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Arah Peguam Batalkan Saman Puncak Niaga

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan peguam yang mewakilinya dan kerajaan negeri untuk mengambil tindakan itu atas alasan dakwaan Puncak Niaga dalam saman berkenaan tidak berasas.

“Tindakan untuk membatalkan saman ini juga dibuat bagi menjaga kepentingan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Smart Desa Selangor, di sini hari ini.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu yang menamakan beliau, Mohamed Azmin dan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan-defendan.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir menetapkan 23 Jan depan untuk keputusan atau klarifikasi berhubung permohonan Abdul Khalid itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 21 Nov lepas, Puncak Niaga berkata tindakan saman dimulakan selepas Abdul Khalid dan Mohamed Azmin didakwa menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengancam untuk menyebab atau memohon atau cubaan untuk menyebabkan Kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.

Sehubungan itu, syarikat konsesi air berkenaan menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung perbezaan antara nilai PNSB Water Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada kadar RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.

Selain itu, plaintif menuntut pertimbangan pembelian sebenar berjumlah RM1.55 bilion di bawah Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 11 Nov 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Pada masa sama, Puncak Niaga juga menuntut gantiirugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung kehilangan peluang perniagaan di dalam dan di luar negara, berjumlah RM13.5 bilion. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin Alisaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd