• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Diculik Abu Sayyaf Menderita Sakit Malaria

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Anggota polis marin yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf, Konstabel Zakiah Aleip yang kini berada jauh di kawasan hutan di kepulauan Jolo di Selatan Filipina, sedang berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

Kumpulan aktivis yang menentang penculikan, Prof Octavio Dinampo berkata beliau telah diberitahu Zakiah, 26, sedang terlantar sakit dan tidak boleh bangun daripada katil sejak lima hari lalu.

“Dia menghidapi malaria. Saya juga diberitahu dia mengalami cirit-birit,” katanya pada Rabu.

Dinampo berkata Kumpulan Abu Sayyaf gagal membawa doktor untuk merawat Zakiah.

“Tiada doktor yang berani pergi ke tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf,” kata Dinampo, pensyarah do Universiti Mindanao, yang tinggal di Indanan tidak jauh daripada kawasan pergunungan yang merupakan lokasi persembunyian kumpulan Abu Sayyaf.

Beliau berkata kumpulan militan berkenaan telah membawa Zakiah keluar daripada lokasi persembunyian asal mereka sebanyak dua kali beberapa minggu lalu bagi mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa Filipina.

Pihak berkuasa Malaysia berkata mereka tidak dapat memastikan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya.

Ketika dihubungi, isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson enggan mengulas mengenai keadaan suaminya, sebaliknya beliau hanya akan menerima sebarang maklumat daripada pihak polis.

Usaha menyelamatkan Zakiah tidak berjaya, kerana kumpulan militan Abu Sayyaf sering menukarkan fikiran dan mendesak untuk menuntut wang tebusan yang lebih banyak untuk membebaskan anggota polis berkenaan.

Zakiah diculik ketika kumpulan militan Abu Sayyaf menyerang unit Polis Marin di Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna, pada 12 Julai tahun lalu.

Ketika serangan berlaku, rakan sekerja Zakiah terbunuh dan insiden berkenaan menyebabkan beberapa serangan berlaku di perairan Sabah. – mStar Online

Tags: pengganaspolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd