• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Penumpang MH370 Gagal Kekalkan MAB

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 gagal dalam rayuan hari ini untuk mengekalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai defendan dalam saman yang difailkan mereka.

Panel Mahkamah Persekutuan terdiri daripada lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dengan sebulat suara menolak rayuan oleh dua anak lelaki dan ibu bapa kepada pasangan Tan Ah Meng dan isterinya Chuang Hsiu Ling @ Cindy Chuang.

Hakim Raus, bagaimanapun memutuskan bahawa ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kerajaan Malaysia kekal sebagai defendan dalam saman tersebut.

Beliau menolak rayuan ketua pengarah DCA dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Okt tahun lepas yang menamakan semula mereka sebagai defendan.

Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Hakim Raus memerintahkan waris tersebut membayar kos sebanyak RM10,000 kepada MAB.

Berikutan keputusan hari ini, defendan-defendan yang kekal dalam saman itu ialah Malaysia Airlines System Berhad (MAS), ketua pengarah DCA dan kerajaan Malaysia.

Ah Meng dan Hsiu Ling serta anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 16, ialah antara 239 penumpang dan kru yang menaiki penerbangan MH370 apabila pesawat itu hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Lima ahli keluarga itu, termasuk anak lelaki pasangan tersebut iaitu Tan Wei Hong dan Tan Wei Jie, ibu bapa Ah Meng, Tan Hun Khong dan Lai Chew Lai serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien memfailkan saman kerana kematian pasangan itu dan anak mereka.

Dalam kenyataan tuntutan, mereka mendakwa bahawa MAS telah melanggar kontrak apabila ia gagal memastikan pesawat berada dalam keadaan baik yang mengakibatkan penumpang dan pesawat tidak da[pat dikesan.

Mereka selanjutnya mendakwa bahawa disebabkan kecuaian defendan, kedua-dua kanak-kanak itu telah menjadi yatim piatu dan juga kehilangan abang sulung mereka, menyebabkan mereka mengalami trauma dan kerugian termasuk bantuan kewangan dan kasih sayang.

Mereka menamakan MAS, MAB, ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

MAB, ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia telah memohon untuk membatalkan saman itu di Mahkamah Tinggi. Ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia berjaya membatalkan saman itu tetapi MAB gagal dalam rayuan untuk membatalkan saman.

Pada 7 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan menggugurkan MAB sebagai defendan dalam saman tersebut.

Pada 27 Okt tahun lepas, satu lagi panel Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh waris untuk menamakan semula ketua pengarah DCA dan kerajaan Malaysia sebagai defendan tetapi menolak rayuan mereka untuk menamakan panglima TUDM sebagai defendan.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili waris penumpang, peguam Logan Sabapathy mewakili MAB sementara peguam kanan persekutuan Alice Loke mewakili ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd