• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

49,773 Kanak-Kanak Keluarga Asnaf Terima Bantuan Persekolahan

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM28.27 juta kepada 49,773 anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan tahun depan.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Bitash Hamid berkata bantuan berkenaan bertujuan meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

“Bantuan yang diberi ini melibatkan barangan kelengkapan sekolah, baju seragam sekolah tiga pasang bagi setiap seorang dan yuran persekolahan untuk kanak-kanak dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah.

“Ini merupakan bantuan untuk fasa pertama, bagi fasa kedua nanti LZS akan menyantuni kira-kira 20,000 kanak-kanak keluarga asnaf, melibatkan pengagihan wang zakat kira-kira RM10 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Agihan Perdana Bantuan Pendidikan Asnaf Fakir dan Miskin Selangor sesi 2018 di sini hari ini.

Turut hadir anggota Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Siti Maslamah Osman.

Pada program yang sama, LZS turut menyerahkan 10 van jenazah bernilai RM1.2 juta kepada 10 masjid terpilih di seluruh Selangor.

Mengulas mengenai sumbangan van jenazah itu, Abdul Basith berkata ia merupakan antara bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan pengurusan jenazah di masjid terutama yang terletak di luar bandar serta mempunyai kariah yang ramai.

Turut diagih dalam program berkenaan adalah sumbangan tiga buah mesin dialisis bernilai RM50,000 setiap satu kepada tiga pusat dialisis yang merupakan panel dialisis LZS iaitu Pusat Hemodialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Yayasan Islam Darul Ehsan dan Gedung Penawar Sdn Bhd.

Pada majlis yang sama, LZS turut menerima bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2016 daripada dua syarikat, iaitu TMF Autolease Sdn Bhd berjumlah RM522,659 dan Corporate Line Sdn Bhd sebanyak RM92,720.40. – BERNAMA

Tags: Bantuan Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Bantuan Sekolah Tak Kunjung Tiba, Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir

07/01/2019
0

BERATUS-RATUS murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang sepatutnya menerima bantuan baju dan kasut sekolah percuma dari Yayasan Wilayah Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd