• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan Di Meropoh: Adnan Sifatkan NGO Tak Ikhlas

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang hanya melaporkan isu pembalakan di Merapoh, Lipis dekat sini apabila keadaan sudah teruk.

Beliau berkata wakil rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan orang kampung seharusnya membangkitkan isu itu pada peringkat awal agar tindakan segera boleh diambil.

“Kalau ikhlas beritahu awal… nampak ada lori masuk buat kerja terus maklumkan pada kita. NGO pun tidak ikhlas, sudah rosak baru nak keluar surat khabar. Saya pun tak mahu salahkan wakil rakyat, tapi sepatutnya dari awal beritahu,” katanya.

Adnan berkata demikian di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, semasa mencelah pada penggulungan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak yang menjawab isu pembalakan di Merapoh.

Beliau yang kesal dengan perkara tersebut berkata kerajaan negeri dan dirinya sendiri selaku menteri besar turut bergantung kepada maklumat orang ramai untuk mengetahui masalah di negeri itu kerana mereka “tidak boleh mengukur seluruh Pahang”.

Sementara itu, Mohd Soffi berkata pembalakan yang berlaku adalah sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan ladang kelapa sawit dan adalah ‘mustahil untuk dilakukan tanpa menebang pokok’.

Kerajaan negeri, atas saranan menteri besar sedang mencari penyelesaian supaya projek pembangunan itu dapat dilakukan tanpa merosakkan flora dan fauna unik termasuk gua yang menjadi destinasi ekopelancongan di Merapoh, katanya.

“Kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan sebahagian daripada kawasan yang dicadangkan dalam projek pembangunan bagi ladang kelapa sawit itu dikeluarkan daripada rancangan asal,” katanya.

Isu pembalakan di Merapoh hangat sejak penghujung Oktober lalu dengan penglibatan NGO alam sekitar sehingga mewujudkan solidariti masyarakat antarabangsa di laman sosial menerusi #savemerapoh.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Pembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd