• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

61 Kejohanan Untuk Atlet Intai Peluang Ke Sukan Paralimpik 2016

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) mengenal pasti 61 kejohanan antarabangsa yang menawarkan mata ranking untuk layak ke Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

Pengarah Cawangan Paralimpik MSN Mohd Safrushahar Yusoff berkata kejohanan antarabangsa itu melibatkan 13 jenis sukan, antaranya olahraga dan memanah.

Selain menyertai kejohanan antarabangsa, beliau berkata atlet elit paralimpik negara akan meneruskan program latihan lebih intensif di sini.

“Kita kenal pasti 61 pertandingan antarabangsa bagi membolehkan atlet elit paralimpik kita mengumpul mata ranking terbaik untuk melayakkan diri secara merit ke Sukan Paralimpik Rio de Janeiro,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan penghargaan daripada sebuah syarikat katering kepada skuad olahraga paralimpik yang beraksi cemerlang pada Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan pada Oktober tahun lepas.

Skuad olahraga paralimpik menyumbangkan 10 daripada 15 pingat emas yang diraih kontingen Malaysia pada temasya sukan tersebut.

Sementara itu, pemilik Katering Megah Selera yang beroperasi di Bukit Jalil, Abd Nassair Abd Ghani berkata sumbangan wang penghargaan berjumlah RM22,000 itu ikhlas daripada beliau terhadap pengorbanan atlet kelainan upaya dalam mengharumkan nama negara.

“Saya melihat sendiri kegigihan dan kesungguhan atlet kelainan upaya menjalani latihan setiap kali saya berjoging sekitar kawasan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

“Saya sendiri teruja melihat sesi latihan yang mereka adakan di Stadium Mini MSN. Apatah lagi sesi latihan yang dikendalikan oleh bekas atlet yang menjadi idola saya suatu masa dahulu iaitu Norsyam Yon,” katanya.

Pada majlis itu, Mohammad Azlan Mat Lazin menjadi penerima sumbangan terbanyak selepas berjaya meraih tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 400m Lelaki T36 (cerebral palsy) di Sukan Para Asia Incheon.

“Saya berterima kasih atas sumbangan ini. Saya mahu terus mencipta kejayaan untuk layak ke Sukan Paralimpik Rio de Janeiro,” katanya. – BERNAMA

Tags: atlet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd