• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Bentang Bajet Berimbang RM412j 2018

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan bajet berimbang berjumlah RM412 juta bagi 2018, iaitu peningkatan 5.37 peratus berbanding Bajet 2017.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata belanjawan yang bertemakan ‘Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat’ itu turut merangkumi RM110.58 juta bagi pelaksanaan awal Pelan Hala Tuju Luar Bandar.

“Kerajaan negeri menganggarkan peningkatan hasil sebanyak 5.37 peratus iaitu daripada RM391 juta pada 2017 kepada RM412 juta pada 2018. Peningkatan ini disumbangkan terutamanya daripada Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai.

“Terimaan Bukan Hasil Kerajaan Negeri dijangka mengalami sedikit penguncupan kesan daripada ketiadaan Pemberian Pertumbuhan Hasil daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Mohamad berkata perbelanjaan mengurus yang diperuntukan adalah sebanyak RM412 juta meliputi Emolumen RM156 juta (37.77 peratus); Perkhidmatan dan Bekalan RM88 juta (21.34 peratus); Perolehan Aset RM3.86 juta (0.94 peratus); Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM160 juta (38.86 peratus) dan perbelanjaan lain RM4.5 juta (1.09 peratus).

Anggaran pembangunan bagi Rangka Rancangan Jangka Panjang Negeri Sembilan Moden 2015 – 2045 pula, Mohamad berkata sejumlah RM115.8 juta diperuntukan iaitu 3.7 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada tahun ini.

“Jumlah ini merupakan peruntukan pembangunan terbesar yang pernah dicatatkan dalam belanjawan Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun.

“Peruntukan pembangunan ini akan diagihkan mengikut sektor iaitu pembangunan sosial sebanyak RM38.43 juta, infrastruktur (RM25.1 juta), pertanian (RM15.7 juta), pentadbiran (RM21.8 juta), kerohanian (RM9 juta) dan pelancongan RM6 juta,” katanya.

Persidangan bersambung esok. -BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd