• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat – Salleh

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa masyarakat khususnya ahli politik agar berhenti menggunakan agama untuk tujuan menakutkan rakyat.

Beliau berkata adalah malang apabila sesetengah ahli politik menggunakan agama sebagai momok untuk tujuan memecahbelahkan rakyat.

Memetik keunikan di Sabah dan Sarawak, Salleh berkata kedua-dua negeri ini tidak pernah berdepan masalah agama ‘tetapi kini sebilangan ahli politik cuba membangkitkan sentimen agama sebagai sebahagian strategi politik mereka’.

“Ini bukan sahaja licik tetapi juga berbahaya. Malah (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang juga memperkatakan mengenai agama dalam catatan blog terbaru beliau,” kata Salleh dalam catatan blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata banyak contoh dapat dilihat di seluruh dunia tentang apa yang berlaku apabila konflik agama dibangkitkan.

“Mengapa kita mesti memisahkan umat Islam menjadi umat Islam yang moderat dan ekstrem dan seterusnya mengasingkan orang Islam dan bukan Islam? Hanya ahli politik yang cetek idea akan melakukan perkara ini.

“Ia juga ironik apabila mereka yang melakukan pemisahan itu, merungut mengenai masalah tersebut dan berkata Malaysia perlu diselamatkan. Ia seperti ‘the fox offering to save the chickens from getting eaten by other foxes’ (Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya),” katanya.

Salleh juga menegaskan pembinaan negara tidak dapat dicapai dengan memisahkan rakyat.

“Jadi mari kita dengar penyelesaian daripada mereka yang cuba memecahbelahkan Malaysia. Bercakap mengenai betapa teruknya pemisahan ini, tidak akan menyatukan negara. Ia hanya akan memisahkan rakyat Malaysia.

“Kita terus mendengar mengenai masalah ini tanpa memberi penyelesaian. Dan mereka yang mengkritik itu sebenarnya yang bermasalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Premis Makanan Kotor Diarah Tutup Serta-merta

Melampau, Tak Hormat Agama Dan Pemilik Kubur

25/05/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan seperti tular di media sosial, hari ini mengundang kemarahan...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

30/11/2022
0

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti Mynewshub: Telegram Yang di-Pertuan Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd