• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL Bandar Ekspat Ke-4 Terbaik Di Dunia

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA Lumpur terpilih untuk menduduki tangga ke-4 bandar ekspat yang terbaik dalam senarai InterNations Expat City Rankings tahun ini.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana tahun lalu, KL berada di tangga yang ke-24 dalam senarai yang sama.

Berada di kedudukan tinggi bersama-sama bandaraya kosmopolitan lain seperti Manama,Prague, Madrid, dan Amsterdam, KL menjadi pilihan terbaik untuk didiami golongan ekspatriat dari segi keselesaan untuk menetap dan keseronokan persekitaran pekerjaan.

Ranking tersebut adalah berdasarkan data daripada Expat Insider Survey yang diadakan secara tahunan dan mendapatkan pendapat daripada 13,000 orang ekspat yang mewakili 166 warganegara daripada 188 buah negara bagi memberikan penilaian terhadap 25 aspek-aspek berbeza tentang kehidupan bandar di luar negara dalam skala 1 hingga 7.

Pemilaian oleh responden ini kemudiannya dikumpulkan kepada 13 subkategori, dan nilai min digunakan untuk membuat empat indeks topikal: Kualiti Kehidupan Bandar, Keselesaan untuk Menetap, Kehidupan Bekerjaya di Bandar, dan Kewangan dan Perumahan.

Lebih membanggakan, KL berada di bahagian teratas dalam Getting Settled Index, yang menilai tahap keramahan penduduk tempatan terhadap ekspat dan kos sara hidup.

Berikut merupakan 10 bandar terbaik untuk ekspat, menurut 2017 InterNations Expat City Rankings:

1. Manama (Bahrain)
2. Prague (Austria)
3. Madrid (Sepanyol)
4. Kuala Lumpur (Malaysia)
5. Amsterdam (Belanda)
6. Barcelona (Sepanyol)
7. Johannesburg (Afrika Selatan)
8. Bangkok (Thailand)
9. Basel (Switzerland)
10. Frankfurt (Jerman)

-MYNEWSHUB.CC

 

Tags: ekspatriatkuala lumpur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta...

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganjuran Festival Rain Rave 2026 yang didakwa bakal berlangsung di Bukit Bintang mencetuskan reaksi bantahan daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd