• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Berhad Majukan 6,500 Hektar Tanah Terbiar

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Felcra Berhad memajukan 6,500 hektar tanah terbiar di Kelantan melibatkan 2,000 peserta setakat ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata jumlah tersebut amat kecil berbanding keluasan tanah terbiar di seluruh negara yang dimajukan oleh Felcra Berhad iaitu seluas 260,000 hektar dengan 117,000 peserta.
Tanah terbiar itu kebanyakannya dimajukan dengan tanaman getah, sawit dan padi.

“Di Kelantan masih banyak lagi tanah terbiar terutama di kawasan luar bandar yang tidak dibangunkan untuk memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Memperkasa Tanah Terbiar Kelantan di Sekolah Kebangsaan Tok Bok di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Ahmad Jazlan berkata kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan Felcra Berhad untuk membangunkan tanah terbiar tersebut.

Beliau berkata pemimpin masyarakat juga boleh memberi penerangan kepada pemilik tanah terbiar supaya memajukan tanah mereka bagi menambah pendapatan.

Katanya Felcra Berhad yakin berjaya mencapai sasaran 300,000 hektar tanah terbiar dimajukan di seluruh negara menjelang 2020 untuk faedah rakyat.

“Kita berharap generasi muda di negara ini turut terlibat dalam membangunkan tanah terbiar itu melalui bidang pertanian agar tanah yang diwarisi oleh mereka tidak terus terbiar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Felcra BerhadTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

Pemimpin DAP Sebelum Jadi Kerajaan Janji Pertahan Tanah Di Kinrara

Pemimpin DAP Sebelum Jadi Kerajaan Janji Pertahan Tanah Di Kinrara

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP sebelum menjadi kerajaan pada tahun 2006 didakwa pernah berjanji kepada penduduk Kinrara untuk menghalang pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd