• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Hantar 34 Pegawai Kesihatan Ke Cox’s Bazar

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 34 pegawai Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia berlepas ke Bangladesh hari ini bagi membuat persediaan memulakan operasi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar bagi membantu pelarian Rohingya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Operasi Hospital Medan Malaysia diketuai seorang pakar dari Kementerian Kesihatan dengan dibantu anggota Kementerian Kesihatan lain serta sukarelawan pelbagai agensi dan NGO dari Malaysia.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Kata beliau, antaranya termasuk IMAM Response & Relief Team (IMARET), Federation of Islamic Medical Association (FIMA), MERCY Malaysia, Malaysia Relief Agency (MRA), MyCorps dan Humanity Heroes.

“Hospital Medan Malaysia ini akan dikendalikan oleh seramai 50 anggota yang bertugas mengikut giliran. Para petugas terdiri dari anggota perubatan dan kesihatan seperti pakar perubatan, pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan, jururawat, pegawai farmasi, juruteknologi makmal, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan lain-lain.

“Untuk makluman, misi bantuan ini telah mendapat kerjasama dalam penghantaran peralatan perubatan, peralatan bukan perubatan, ubat-ubatan dan lain-lain ke­perluan ke Cox’s Bazar Bangladesh bagi menubuhkan dan operasi Hospital Medan Malaysia melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh MAS Kargo dan Syarikat Pharmaniaga.

“Kolaborasi serta hubungan kerjasama yang rapat di antara Kementerian Kesihatan dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah membantu melicinkan urusan bagi menubuhkan Hospital Medan Malaysia agar dapat beroperasi di Cox’s Bazar Bangladesh pada penghujung November 2017 ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Oktober lalu mengadakan lawatan ke Kem Pelarian Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh dan menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu umat Islam Rohingya di situ yang menjadi pelarian akibat kekejaman rejim Myanmar dan pelampau Buddha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah pada September lalu mengetengahkan isu kekejaman dialami etnik Rohingya kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump dalam pertempuan empat mata antara pemimpin kedua-dua negara berkenaan.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, kerajaan Malaysia sangat prihatin di atas penderitaan yang dialami oleh pelarian Rohingya yang ramai di kem pelarian di Bangladesh.dan memberi mandat kepada Kementerian Kesihatan bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan NGO untuk melaksanakan operasi Hospital Medan Malaysia yang mempunyai antara 30 hingga 50 katil pesakit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KKMRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd