• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Ummah Khair 2017 Pertama Bermula

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Ummah Khair 2017 yang julung kali diadakan, bermula pagi ini dengan pembentangan beberapa kertas kerja berdasarkan empat tema utama termasuk pelaksanaan konsep kesederhanaan dan ancaman terhadap kemampanan konsep itu.

Antara penceramah yang dijadual membentangkan kertas kerja mereka hari ini ialah Senator Datuk Dr Johari Mat dan bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dari Malaysia, Dr Abdul Rahman Al Luwaihaq (Arab Saudi), Syaikh Abdullah Al-Luhaidan (Jordan) dan Dr Muhammad Shahim Ali Said (Maldives).

Johari, selaku penceramah pertama, membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Manhaj (Kaedah) Wasatiah dalam Merealisasikan Konsep Ummah Khair’.

Kertas kerja lain yang dilihat menarik ialah oleh sarjana Arab Saudi Dr Muhammad Al Bashar Muhammad Al-Khar’an bertajuk ‘Kesan Buruk Media Terhadap Pemahaman Wasatiah: Mewujudkan Persengketaan dan Perselisihan Antara Umat Islam, Mengelirukan Hakikat Sebenar Tentang Ulama dan Masyarakat Islam, Menyebarkan Ideologi Ekstremisme.’

Bertemakan ‘Manhaj Ahli Sunah Menyatukan ASEAN’, KUC 2017 menyediakan platform perkenalan bagi sarjana Islam di Asia Tenggara untuk menjalin hubungan rapat untuk jangka masa panjang.

Sebanyak 30 kertas penyelidikan dijangka dibentangkan dalam tempoh dua hari ini.

Antara negara yang menyertai persidangan itu ialah Arab Saudi, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia, Vietnam dan Laos.

KUC 2017 dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Jabatan Hal Ehwal Khas, Pertubuhan Al-Khadeem Malaysia dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia manakala Universiti Teknologi Mara pula berperanan sebagai penyelaras program.

Selain pembentangan kertas kerja, turut diadakan pameran yang disertai oleh pelbagai agensi, jabatan dan institusi kerajaan serta badan bukan kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam KUC 2017.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan penutupan persidangan esok. – BERNAMA

Tags: islampersidangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd