• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Norza Calon Sesuai Teraju MOM

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria digambarkan sebagai calon yang sesuai untuk dipilih sebagai presiden baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata Mohamad Norza sudah menunjukkan potensi yang baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang sebagai Timbalan Presiden MOM, pada masa ini.

Beliau turut menegaskan Mohamad Norza memiliki kriteria sebagai pemimpin yang terbaik, dan ia sesuai dengan peranannya sebagai presiden badan induk itu.

“Beliau sangat berpengalaman dalam kepimpinan serta pengurusan sukan, dan kini dikenali di peringkat antarabangsa. Saya yakin beliau akan menjadi presiden yang sempurna,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-184 di Wisma OCM, di sini hari ini.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) MOM dijadual diadakan pada 30 Jun tahun depan, dan Tunku Imran sudah menyatakan pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya selama hampir 20 tahun.

Sebelum ini, dilaporkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Penolong Setiausaha MOM Datuk Sieh Kok Chi, juga berkongsi pandangan sama, menyatakan Mohamad Norza adalah calon yang sesuai untuk bertanding jawatan presiden MOM.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata beliau sangat menghargai kepercayaan diberikan Tunku Imran dan Khairy, namun beliau mahu pemilihan MOM tahun depan itu dijalankan secara demokrasi.

“Saya tahu tanggungjawab itu besar, biarlah saya tumpukan kepada jawatan saya sekarang sebagai Timbalan Presiden MOM dan Presiden BAM. Mengenai perkara itu (Presiden MOM), biarlah pada Jun depan perwakilan yang tentukan nasib saya,” kata Mohamad Norza. – BERNAMA

Tags: MOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOM Tubuh Jawatankuasa Ubah SOP Pemilihan Atlet

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili negara pada temasya sukan antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia (MOM)...

MOM Cadang Lantik Wakil Atlet Untuk Berada Dalam MOM

28/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mencadangkan supaya persatuan sukan kebangsaan melantik wakil dalam kalangan atlet untuk turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd