Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Cari 6...

YAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari enam pemancing serta seorang...

Perak Cadang Hadkan Pengunjung...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak bercadang untuk mengehadkan jumlah kedatangan pengunjung ke Royal...

McDonald’s Hanya Benar Kek...

PIHAK McDonald's Malaysia menjelaskan bahawa hanya kek sambutan hari jadi yang mempunyai sijil...

Cuti Bersalin di 7...

KUMPULAN Malayan Banking Bhd (Maybank) telah mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun...

MOM Cadang Lantik Wakil Atlet Untuk Berada Dalam MOM

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mencadangkan supaya persatuan sukan kebangsaan melantik wakil dalam kalangan atlet untuk turut serta berada dalam jawatankuasa MOM.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau telah menghantar surat rasmi mengenai cadangan tersebut kepada persatuan sukan kebangsaan.

“Surat cadangan sudah diedarkan yang MOM mencadangkan untuk setiap persatuan sukan kebangsaan melantik seorang wakil dalam kalangan atlet. Ini bagi memudahkan atlet menyuarakan pendapat mereka,” katanya selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata cadangan ini bukan mandatori namun ia adalah untuk kebaikan serta menjaga kebajikan setiap atlet.

Cadangan itu juga adalah bagi memastikan sistem pengurusan atlet yang lebih sistematik dan berstruktur.

Katanya, sehingga kini beliau sudah mewakilkan dua bekas atlet untuk berjumpa persatuan sukan kebangsaan dan atlet-atlet bagi membincangkan hal ini.


Sementara itu, mesyuarat kali ke-186 itu juga turut memutuskan untuk melantik Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar sebagai Presiden Kehormat Sepanjang Hayat MOM serta Datuk Sieh Kok Chi sebagai Ahli Kehormat MOM.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza juga turut mendedahkan jumlah terkini kontinjen negara ke Sukan Asia ialah terdiri daripada 423 atlet dan 207 pegawai. – BERNAMA

Kategori