• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Sosial Negara Akan Gubal Definisi Buli

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Sosial Negara akan menggubal definisi buli yang lebih konkrit bagi mengenal pasti tahap keseriusan gejala buli di sekolah dan juga dalam kalangan remaja di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata untuk itu, semua agensi dan badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah majlis tersebut diminta menghantar laporan dan cadangan berhubung perkara berkenaan termasuk langkah-langkah menanganinya pada Januari ini.

Berdasarkan laporan terbabit, Majlis Sosial Negara akan merangka definisi buli termasuk perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah buli, katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan ‘Ketakupayaan: Kami Peduli’ di Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara Kampus Sungai Buloh, di sini hari ini.

Katanya definisi tersebut akan dijadikan garis panduan oleh sekolah di negara ini untuk menyediakan laporan yang kemudian akan diserahkan kepada Majlis Sosial Negara bagi penubuhan satu pangkalan data kes buli.

“Kes buli perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjurus kepada gengsterisme dan kes jenayah yang lain,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara, berkata kerajaan bakal melaksanakan empat langkah utama dalam menangani kes buli termasuk melaksanakan pengelasan data yang memenuhi definisi buli yang sebenar.

Sementara itu, Rohani mencadangkan agar kesihatan mental turut dimasukkan dalam polisi yang ditawarkan syarikat insurans.

“Jika aspek kesihatan mental boleh dimasukkan dalam polisi insurans, mungkin dapat bantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental ini terutamanya dari segi rawatan terapi dan ubat-ubatan,” katanya.

Persidangan hari ini yang julung kali diadakan, disertai 300 pelajar dan staf fakulti bagi mendengar mengenai cara-cara penjagaan golongan istimewa. – BERNAMA

Tags: buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd