• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Serbu Balai Polis Selepas Dicabul Doktor

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG doktor hospital telah dipanggil selepas didakwa mencabul sekumpulan pekerja wanita yang menuduhnya ‘mengusik’ payudara mereka semasa pemeriksaan kesihatan tahunan di sebuah kilang di daerah Sung Noen Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pegawai penyiasat di balai polis Sung Noen yang mengendalikan kes itu, Lt Col Trakarn Saksrikrompada pada Rabu memanggil doktor terbabit selepas menyoal siasat kumpulan pekerja kilang berkenaan.

Semua mereka memberikan keterangan yang hampir sama.

Pada pagi Selasa, 11 pekerja wanita di kilang Siam Fukoku di daerah Sung Noen, membuat laporan polis mendakwa doktor di hospital yang terletak di bandar Nakhon Ratchasima telah mencabul mereka.

Mereka mendakwa doktor tersebut telah meraba-raba buah dada mereka ketika melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan syarikat.

Nama doktor terbabit tidak didedahkan dan insiden tersebut didakwa berlaku di premis kilang itu Kawasan Perindustrian Navanakorn, pada 17 November lalu.

Beratus-ratus pekerja, lelaki dan perempuan menjalani pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut.

Pengadu memberitahu polis bahawa doktor tersebut telah membuka zip uniform yang dipakai mereka sehingga paras payudara tanpa meminta izin, atau berkata apa-apa.

Doktor itu kemudian menggunakan jarinya untuk memeriksa sekeliling payudara wanita, menyebabkan mereka berasa hairan kerana apa yang dilakukannya adalah luar biasa.

Sebelum ini, doktor yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan di kilang itu hanya menggunakan stetoskop. Mereka tidak memegang buah dada pekerja seperti yang dilakukan doktor ini, kata pengadu.

Difahamkan pemeriksaan kesihatan tahunan itu meliputi 15 risiko kesihatan, tetapi tidak termasuk kanser payudara.

Sebelum menfailkan laporan, mereka telah bertanya kepada rakan sekerja yang lain dan mendapati doktor yang dituduh tidak memegang payudara semua staf perempuan, sebaliknya hanya memilih wanita-wanita cantik untuk melakukannya. –BangkokPost/mStar Online

Tags: doktorPekerja Kilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd