• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Hipokrit, Cuba Menghasut – PBS

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dakwaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional (BN) di Sabah takut untuk menyuarakan tentang hak agama itu bersifat cuba memisahkan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata ia bertujuan mengeksploitasi sensitiviti penganut Kristian dan menghasut mereka menentang BN.

Beliau berkata Mohd Shafie turut menamakan beberapa pemimpin Kristian daripada parti komponen BN yang dikatakan gagal melindungi agama mereka dan tidak menolak kerjasama UMNO serta PAS.

“Semua pemimpin KDM yang dinyatakan Mohd Shafie ialah individu yang secara terbuka mempertahan hak masyarakat Kristian di Sabah termasuk hak menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam terjemahan Bible bahasa Melayu dan penyembahan.

“Kerajaan BN telah mengakui tuntutan ini, jadi apa Mohd Shafie cuba katakan?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai kerjasama PAS-UMNO, beliau berkata ia adalah hak mana-mana parti komponen BN untuk bekerjasama dengan parti bukan BN selagi ia tidak dilakukan untuk menentang gabungan parti sedia ada.

“Tambahan pula, kerjasama itu tidak rasmi dan PAS bukanlah ancaman kepada kita di Sabah, jadi mengapa kita perlu berhadapan dengan UMNO. Perdana menteri sendiri telah memberi jaminan kepada kita bahawa semua hak kita akan dihormati, malah hak yang terhakis akan dikembalikan,” katanya.

Mositun berkata PBS menentang penggunaan agama untuk kepentingan politik kerana ini akan memusnahkan budaya toleransi, saling menghormati dan penerimaan antara satu sama lain yang telah dibangunkan dan diamalkan rakyat Sabah selama ini.

“PBS tidak akan termakan ‘umpan’ Mohd Shafie. Dia hipokrit bukan kami. Sebelum ini beliau menegaskan bahawa BN menghormati hak orang Kristian di Sabah, tetapi kini beliau bercakap lain pula. Cabaran ekonomi dan keselamatan adalah keutamaan kami, bukan politik murah,” katanya.

Beliau berkata semua pemimpin Kristian di Sabah, kerajaan dan pembangkang telah sebulat suara dalam memelihara dan melindungi amalan dan hak keagamaan mereka, dan tidak masuk akal buat Mohd Shafie dan Parti Warisan Sabah beliau untuk berlagak sebagai pembela agama Kristian di Sabah. – BERNAMA

Tags: PBSShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

05/01/2023
0

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) hari ini menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd