• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Tahniah 3 Saintis Malaysia Menangi Anugerah

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada tiga saintis Malaysia yang memenangi anugerah berprestij bersempena Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Ke-17 mengenai Sains dan Teknologi di Myanmar, bulan lepas.

“Rasa amat bangga dengan pengiktirafan Dr Hafizal Mohamad, Dr Leong Wai Yie dan Prof Chong Mei Fong diterima pada Majlis Anugerah Sains dan Teknologi di Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Ke-17 di Myanmar. Teruskan usaha yang cemerlang. Tahniah!,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitternya, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Dr Hafizal daripada Institut Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS) menerima anugerah ASEAN Outstanding Scientist and Technologist, iaitu sebuah piala dan wang tunai US$10,000 (RM41,800), sementara Leong daripada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman menerima anugerah ASEAN Meritorious Service, yang menawarkan jumlah hadiah yang sama.

Laporan itu juga menyatakan Prof Chong yang merupakan penyelidik di Nottingham University (Kampus Malaysia) mendapat tempat kedua anugerah ASEAN-US Prize for Women dan membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 (RM20,900). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSaintis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd