• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Umat Islam Contohi Amalan Rakyat Jepun

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Aibidin menyaran umat Islam di negara ini agar mencontohi amalan hidup yang baik rakyat Jepun.

Beliau memberi contoh tandas awam, kedai makan atau tempat riadah di negara matahari terbit itu sentiasa bersih kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualti.

“Pergi ke mana sahaja di Jepun, kita dapat melihat semua dijaga malah jika kita tertinggal barang di sesuatu tempat, nescaya barang tersebut masih berada di tempatnya apabila kita kembali untuk mengambilnya. Ini menunjukkan mereka amanah.

“Amalan masyarakat Jepun ini memenuhi sebahagian tuntutan ajaran Islam yang patut kita merasa malu kerana tidak mengamalkannya,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Katanya beliau melihat sendiri cara hidup dan budaya masyarakat Jepun semasa menyertai lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ke Tokyo, baru-baru ini.

Mohd Asri berkata untuk mendakwah rakyat Jepun, orang Islam khususnya rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup sebenar yang dianjurkan oleh Islam atau kemungkinan mereka akan termalu sendiri.

“Di negara kita masyarakat Islam sendiri sanggup mencuri duit tabung masjid apatah lagi jika terjumpa barang berharga milik orang lain. Walaupun sikap ini hanya membabitkan segelintir umat Islam ia menjadi sukar untuk kita menarik orang bukan Islam menganut agama Islam,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: jepunMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd