• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Hidup Melaram Dengan Menipu

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Rahsia seorang wanita jelita popular kerana sering memaparkan gaya hidup mewah di laman sosial akhirnya terbongkar apabila dihukum penjara kerana terbabit dalam skim cepat kaya.

Lin Siyin, 37, didakwa menipu hampir 67.55 juta dolar Taiwan (kira-kira RM9.31 juta) dalam tempoh tujuh tahun untuk menampung kehidupan mewahnya.

Wanita itu yang juga digelar ‘dewi kereta mewah’ menerusi media sosial kerana sering memuat naik gambar bersama-sama dengan kereta mewah.

Lin turut menunjuk-nunjuk kemewahannya dengan memuat naik gambarnya membeli beg tangan jenama Hermes dan jam tangan Patek Phillipe.

Dia juga menggunakan wang milik pelaburnya untuk membeli beberapa rumah dan kereta mewah.

Bagaimanapun, kehidupan mewah wanita itu tidak bertahan lama selepas dia ditangkap pihak berkuasa Taiwan kerana menipu dan memperdayakan orang ramai.

Lin dituduh memperdayakan ahli keluarga, rakan dan beberapa individu untuk melabur dengan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mahkamah Tinggi Taiwan, baru-baru ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tujuh bulan terhadap Lin yang didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dan niat untuk memperdayakan.

Akhbar Apple Daily Taiwan melaporkan, Lin mewujudkan satu skim pelaburan pada 2010 dan memujuk ahli keluarga serta rakannya untuk melabur.

Lin turut menjanjikan keuntungan termasuk faedah sebanyak lapan peratus dan bonus bulanan antara dua hingga lapan peratus.

Seorang mangsa berkata, dia memindahkan wang berjumlah 23.2 juta dolar Taiwan (RM3.2 juta) kepada Lin tiga tahun lalu kerana tertarik dengan skim pelaburan berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya gagal mendapatkan wang saya kembali,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: kes tiputaiwanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd