• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Straw Paling Banyak Dalam Mulut

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila menyumbat 459 straw minuman di dalam mulutnya.

Manoj Kumar Maharana, 23, yang berasal dari Odisha berjaya memecahkan rekod dunia untuk straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan.

Untuk memecahkan rekod itu, Maharana perlu memastikan semua straw minuman berada di dalam mulutnya selama 10 saat tanpa ada satupun yang jatuh.

Rekod straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan itu sebelum ini bertahan selama lapan tahun.

Rekod sebelum ini dipegang Simon Elmore dari Jerman yang berjaya menyumbat 400 straw minuman di dalam mulutnya.

Syarat cabaran ini, pencabar tidak boleh menggunakan tangan untuk menyokong straw minuman di dalam mulut mereka.

Pencabar hanya boleh menggunakan gelang getah untuk mengikat straw minuman berkenaan.

Maharana berkata, sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk mencatatkan namanya di dalam buku Rekod Dunia Guinness.

“Selepas mendengar mengenai rekod yang dibuat oleh Elmore sebelum ini, saya bertekad untuk memecahkannya,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: GuinnessRekod Dunia GuinnessStraw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 119 Tahun

25/04/2022
0

TOKYO: Seorang wanita Jepun yang disahkan orang tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun, kata pegawai tempatan hari...

India Cipta Rekod Dunia Tuala Wanita Terpanjang

12/01/2019
0

UNIK... Ratusan peserta sebuah kongres perubatan di India catat rekod dunia Guinness baharu bagi barisan tuala wanita terpanjang, dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd