• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Boleh Terima Bantuan Zakat

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mangsa banjir boleh menerima bantuan zakat mengikut kriteria tertentu yang diputuskan oleh mufti di setiap negeri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata selain golongan miskin atau asnaf yang terjejas akibat banjir, mangsa lain juga boleh menerima zakat jika diletakkan di bawah kategori Al-Gharimin yang juga berhak menerima zakat.

“Sebelum ini pun memang ada negeri yang letak bencana seperti ini di bawah Al-Gharimin, maknanya ada bahagian-bahagian yang boleh dipertimbangkan oleh mufti.

“Kali ini pun pasti ada…kalau orang itu miskin dan terjejas pula dengan banjir, bertimpa-timpa masalah, jadi mereka sudah tentu boleh diberi zakat tetapi untuk banjir ini kita anggap fisabilillah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melepaskan pasukan bantuan pasca banjir Ekspedisi Kasih dan Kemanusiaan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Agama (PKPU) Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Othman berkata sebanyak 14 kenderaan terlibat dalam misi itu yang membawa 88 sukarelawan serta bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan seperti kit ibadah, peralatan sekolah serta barang keperluan seperti tong gas, kuali, periuk dan tilam yang bernilai lebih RM200,000.

Menurutnya, bantuan itu akan dihulurkan kepada kira-kira 450 keluarga di beberapa kawasan iaitu Temerloh, Gua Musang, Kuala Krai, Kota Baharu, Jeli, Tumpat, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Fokus bantuan fasa kedua ini adalah pegawai-pegawai Jakim, pelajar Darul Quran, pegawai masjid, penggerak masyarakat dan Orang Asli yang terjejas akibat banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd