• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rozita Che Wan Bengang Anak Dituduh Bayi Terbuang

oleh AK-47
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPALAH tak bengang kan, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan ditatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba dituduh sebagai anak buangan.

Che+Ta+Main

Inilah yang berlaku kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan apabila ada pihak yang menyalahgunakan gambar bayi perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan meletakkan status seolah-olah bayi itu telah dibuang ibu bapa.

BACA: Amboi.. Suka Hati Je Cakap Anak Che Ta Anak Buangan

Perkara ini tercetus apabila seorang wanita dari negara jiran, Indonesia memuat naik status tersebut di twitternya hingga mengundang simpati ramai pihak.

Gambar Aaisyah Dhia Rana dikatakan bayi yang dibuang oleh ibu bapanya oleh pengguna Twitter Indonesia.
Gambar Aaisyah Dhia Rana dikatakan bayi yang dibuang oleh ibu bapanya oleh pengguna Twitter Indonesia.

Rozita atau lebih mesra digelar Che Ta memberitahu dia terkejut mendengar dakwaan yang tersebar itu dan menyifatkan perbuatan individu tersebut sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

“Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.

“Apalah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut,” ujarnya.

Menurut Che Ta, perkara ini sekaligus membuatkan dia berasa sedih apabila anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa media sosial.

Che Ta turut mengakui yang suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni apabila besar nanti kerana tidak mahu timbul perkara menyedihkan seumpama ini.

1459831_495325907276434_437572431893215830_n

“Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini,” ujarnya.

Sabarlah ya, kat dunia ini memang ramai ‘mulut-mulut busuk’ suka menjaja cerita menipu lagi merapu. –MYNEWSHUB.CC

VIDEO ROZITA CHE WAN BERSALIN

https://www.youtube.com/watch?v=fmDvwe90aOE

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

30/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berharap Perpatih Fest 2026 terus berkembang sebagai acara warisan dan kebudayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd