• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Altantuya: 13 Januari Keputusan Rayuan Pendakwa

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Januari.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya. – BERNAMA

Tags: Altantuyakes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd