• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adnan Zikri Jaafar, Pelajar Pintar Terima Tajaan Rhodes

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa, Adnan Zikri Jaafar telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima Biasiswa Rhodes.

Biasiswa Rhodes merupakan tajaan pengajian pascasiswazah antarabangsa paling berprestij di dunia untuk menyambung pelajaran tahap tinggi di Universiti Oxford.

Adnan yang merupakan pelajar daripada fakulti seni dan sains Universiti Pennsylvania (Penn), Amerika Syarikat itu terpilih untuk menyambung pelajaran peringkat tertiarinya di Oxford, di mana fokus pengajiannya adalah berkenaan perantaraan sosial berlandaskan bukti dan penilaian polisi, di samping sebuah lagi ijazah sarjana dalam bidang ekonomi kewangan.

Seorang pelajar yang bijak, Adnan merupakan bekas pelajar Kolej Tuanku Jaafar dan menyambung pengajian ijazah sarjana mudanya di Penn menerusi program Huntsman dalam bidang Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan yang ditawarkan Fakulti Seni dan Sains dan Wharton School yang berprestij.

Jurusan pilihan Adnan adalah kewangan, statistik dan pengajian antarabangsa, dengan minor dalam matematik, ekonomi dan falsafah.

Bukan sahaja itu, malah Adnan juga mempunyai rekod ko-kurikulum yang amat baik di Penn.

Selain menjadi felo Pengajian dan Perkhidmatan Fox dan siswa penyelidikan Wharton, pada musim panas lalu Adnan telah menjalani pengajian tentang zakat dan kaedah alternatif untuk menambahbaikkan cara pengagihannya di Malaysia.

Adnan juga menjadi sukarelawan untuk pasukan petugas organisasi bukan kerajaan yang fokus terhadap kebajikan pelarian di Philadelphia dan turut membantu di sekolah kanak-kanak pelarian Syria di Irbid, Jordan.

Apa yang lebih membanggakan, Adnan juga menjadi duta program kebajikan Giving What We Can universitinya.

Dua penerima Biasiswa Rhodes daripada Universiti Pennsylvania, Christopher D’Urso dan Adnan Zikri Jaafar.

Turut menerima biasiswa tersebut daripada universiti yang sama ialah Christopher D’Urso.

Menurut presiden Penn, Amy Guttman, kedua-dua Adnan dan Chris menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang cemerlang sepanjang pengajian mereka di universiti tersebut.

“Kedua-dua siswa Rhodes terbaru kami berkongsi semangat untuk penglibatan dalam kebajiakn masyarakat, hak asasi manusia dan keadilan sosial. Fokus mereka merangkumi ciri-ciri terbaik para sarjana Penn yang sentiasa komited untuk mewujudkan perubahan yang mendalam di dunia.

“Chris dan Adnan sangat berbakat, terlibat dan komited yang sangat berhak mendapat pengiktirafan ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman web universiti itu.

Inilah suri teladan yang baik untuk generasi muda, bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah bersifat ikhsan yang tinggi. Tahniah diucapkan kepada Adnan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: BiasiswaOxfordPelajar CemerlangRhodes
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

02/12/2024
0

MOSCOW - Oxford University Press memilih istilah slanga 'brain rot' sebagai perkataan tahun ini melalui undian awam, lapor Sputnik. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd