• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

oleh Mohd Arshad
02/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Oxford University Press memilih istilah slanga ‘brain rot’ sebagai perkataan tahun ini melalui undian awam, lapor Sputnik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Konsep ‘brain rot’ merupakan istilah slanga yang diterangkan dalam Kamus Oxford sebagai kemerosotan mental atau intelektual seseorang, terutamanya akibat menghabiskan terlalu banyak masa mengakses dan menyerap kandungan yang kurang bernilai atau tidak berkualiti (terutamanya kandungan dalam talian) yang dianggap dangkal atau tidak memberikan manfaat intelektual yang signifikan.

Menurut halaman pertandingan, penggunaan pertama perkataan ini dicatatkan pada 1854 dalam buku Walden; or, Life in the Woods oleh Henry David Thoreau.

Sepanjang 2023 hingga 2024, kekerapan penggunaan ungkapan ini meningkat sebanyak 230 peratus, mencerminkan kebimbangan terhadap kesan daripada penggunaan kandungan dalam talian yang berlebihan, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Lebih 37,000 orang mengambil bahagian dalam undian itu.

Senarai pendek juga menyenaraikan perkataan ‘demure, ‘dynamic pricing’, ‘lore’, ‘romantasy’, dan ‘slop’ (bahan berkualiti rendah di Internet yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan).

Pada 2022, Oxford English Dictionary memilih istilah slanga ‘goblin mode’ sebagai perkataan tahun itu, yang pertama kali dipilih melalui undian awam.

‘Goblin mode’, istilah slanga yang digunakan untuk menggambarkan jenis tingkah laku yang mementingkan diri sendiri, malas, selamba atau tamak, lazimnya berdasarkan cara yang menolak norma atau jangkaan sosial, menurut penerbit kamus Oxford Languages.

-Bernama-Sputnik

Tags: Oxford
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Invoke, IDE Lebih Tepat Daripada Oxford Economics?

15/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa kajian badan penganalisis bebas antarabangsa, Oxford Economics yang berpangkalan di beberapa buah negara bahawa...

Adnan Zikri Jaafar, Pelajar Pintar Terima Tajaan Rhodes

21/11/2017
0

SEORANG pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa, Adnan Zikri Jaafar telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima Biasiswa Rhodes. Biasiswa Rhodes merupakan tajaan pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd