• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zurin Jundi’ Didakwa Menipu Wanita

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM8,500 pada tahun ini.

Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang telah berlangsung pada 16 September lepas.

Kesalahan itu dilakukan di butik Zurin Jundi Wedding Planner di Bandar Baru Uda di antara 22 Mac hingga 13 Mei tahun ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 17 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Zurin Jundi Wedding Planner
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zurin Jundi Didakwa Tipu Pelanggan RM7,000

19/10/2017
0

KLANG - Pemilik syarikat perancang perkahwinan 'Zurin Jundi' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan...

Zurina Jundi Nafi Lepas Tangan Pulangkan Duit

12/10/2017
0

MASIH ingat lagi dengan video memaparkan kisah seorang perancang perkahwinan diserang dan didakwa menipu sehingga menjadi tular menerusi laman sosial?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd