• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Lewat Didaftar Angkara PPBM, DAP

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rancangan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan status pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan politik yang sah nampaknya tak kesampaian.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Bagaimanapun, pihaknya dapat berjumpa dengan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Kata Mahathir lagi, masalah yang melanda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP merupakan punca utama proses pendaftaran Pakatan Harapan mengalami kelewatan.

“Kalau masalah ini diberitahu awal boleh kami selesaikan, kami tiada niat untuk membantah atau timbulkan masalah pada kerajaan.

“Apa jua kehendak dan syarat yang tidak berlanggar dengan undang-undang akan kami patuhi,” katanya dalam satu sidang akhbar di pekarangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Difahamkan masalah yang dimaksudkan oleh KDN merujuk kepada Mesyuarat Agung PPBM dan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Armada PPBMDAPpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd