• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makin Popular, KTMB Tambah 9 Lagi ETS Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan sembilan unit tren elektrik (ETS) pada penghujung tahun depan bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata ia membabitkan peruntukan kira-kira RM540 juta membabitkan perjalanan dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar sekali gus dapat mengatasi kesesakan penumpang pada cuti hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

“Sekarang ini kita ada 14 set yang membabitkan 36 hingga 40 perjalanan setiap hari… dengan penambahan sembilan lagi tren elektrik ini, jumlah penumpang boleh mencecah kepada 14,000 orang berbanding 7,000 penumpang sehari ketika ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan KTM Komuter Enam Koc (SCS) di Sektor Utara di Stesen Alor Setar, di sini hari ini.

Nawawi berkata sembilan unit tren elektrik itu kini sudah ditempah dan dalam proses pembuatan di China.

Katanya selain kemudahan kafeteria, televisyen serta bilik solat, tren elektrik baharu itu juga akan dilengkapi perkhidmatan wifi percuma kepada kesemua penumpang untuk mengakses Internet sementara sampai ke destinasi yang dituju.

Baca: Trend Laris, KTMB Tambah Lagi 22 Unit Komuter Baharu

“Kerajaan buat ini semua tidak melihat kepada keuntungan semata-mata, tetapi untuk rakyat bergerak dari satu tempat ke satu tempat serta membantu kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan terbabit,” katanya.

Mengulas mengenai majlis pelancaran tersebut, Nawawi berkata dua set tren komuter SCS itu telah dipinjamkan dari Lembah Klang ke sektor Utara bagi mengurangkan masalah kesesakan penumpang pada hari Sabtu dan Ahad.

Katanya, ia membabitkan laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar yang mula beroperasi hari ini.

Purata jumlah penumpang ketika ini seramai 12,000 orang sehari dan akan meningkat kepada 17,000 orang dengan tambahan dua tren komuter SCS itu.

“Pada Sabtu dan Ahad jumlah penumpang meningkat kerana ramai pelajar pulang dari asrama, manakala ramai pergi ke Padang Besar membeli barangan di sana… dengan adanya tambahan ini ia beri lebih keselesaan kepada penumpang,” katanya.

Selain harga tambang yang berpatutan, diskaun sehingga 50 peratus turut diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) manakala kanak-kanak di bawah umur empat tahun tidak dikenakan tambang menjadikan pengangkutan awam ini semakin diminati selain diyakini selamat, katanya. – BERNAMA

Tags: KTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd