• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh 3 Beranak: Imigresen Ketat Sempadan

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan di pintu sempadan negara ini bagi membantu polis menyekat suspek dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di sini, Rabu lepas, bolos ke luar negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya sudah mendapatkan maklumat terperinci berkaitan suspek yang kini sedang dijejaki polis bagi membantu sisatan kes pembunuhan kejam itu.

“Kes seumpama ini (pembunuhan) sudah tentu kita memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan negara supaya penjenayah tidak boleh bebas dan lolos daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen 2017 di sini, hari ini.

Mustafar berkata Jabatan Imigresen sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain dalam menangani kes jenayah.

Dalam kejadian Rabu lepas, mangsa Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan perkakas rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Polis kini sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh Wang@Pot, 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Sementara itu, Mustafar turut melancarkan Skuad Bah jabatan tersebut di negeri ini sebagai persiapan pihaknya menghadapi musim tengkujuh yang berkemungkinan berlaku banjir.

“Skuad proaktif ini diwujudkan bagi menangani bencana banjir serta menjaga kebajikan pegawai dan anggota jabatan ini,” katanya.

Sebanyak 45 pasukan daripada jabatan tersebut seluruh negara menyertai kejohanan futsal itu. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd