• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pemimpin Disegani Peringkat Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani di forum peringkat antarabangsa dan Malaysia mendapat manfaat kerananya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah, yang memegang portfolio menteri luar itu lebih lapan tahun di bawah kepimpinan Najib serta kerap ke luar negara bersama bagi tugasan rasmi, bagaimanapun sedih kerana ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai sumbangan Najib sedangkan Perdana Menteri begitu disegani di peringkat antarabangsa.

“Disebabkan Datuk Seri Najib disegani, maka banyak kelonggaran-kelonggaran, persetujuan-persetujuan boleh dicapai dengan negara-negara lain dari aspek dua hala, FTA (perjanjian perdagangan bebas), perdagangan,” katanya.

Dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak berkaitan di sini, Anifah berkata pemimpin dunia mengiktiraf Najib bukan sahaja dari segi substantif isi-isi keperluan Malaysia tetapi juga dari segi penyampaian dan ketrampilan beliau yang begitu ketara di peringkat antarabangsa.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila, Filipina baru-baru ini, Anifah berkata pemimpin-pemimpin yang hadir menghargai pendirian Malaysia terhadap pelbagai isu seperti Rohingya, Laut Cina Selatan dan situasi di Semenanjung Korea.

“Ini jelas membuktikan keberkesanan dalam penyampaian oleh Perdana Menteri yang amat meyakinkan semasa sidang-sidang kemuncak, telah menjadikan beliau disegani dan dihormati oleh para pemimpin lain,” katanya.

Menegaskan kepuasan serasi bekerja dengan kepimpinan Najib, Anifah berkata ; “Alhamdullillah, saya senang bekerja dengan beliau, jika tidak, saya tidak akan bertahan sehingga lapan tahun.”

Anifah berkata Najib mudah dihubungi tanpa mengira waktu dan mampu membuat keputusan pantas dan cepat.

Berkongsi pengalaman di belakang tabir ketika menghadiri Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Anifah berkata beliau menghubungi Najib pada ketika itu pukul 3 pagi waktu Malaysia untuk mendapatkan pandangan pentingnya.

“Saya menghubungi beliau, (dan) beliau sentiasa ada. Beliau berkata ianya okay saya sudah jaga. Mudah sangat bekerja dengan Datuk Seri Najib,” katanya.

Anifah turut menceritakan pengalaman bagaimana beliau menghubungi Najib pada pukul 3 pagi waktu Malaysia di tengah-tengah sidang Majlis Keselamatan PBB sedang berlangsung untuk mendapatkan keputusan penting Perdana Menteri berhubung resolusi majlis keselamatan.

“Saya beri taklimat kepada beliau…Kita mencadangkan ini, beliau (Najib) berkata teruskan. Beliau membuat keputusan dalam dua minit,” kata Anifah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd