• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengendali Tren Tokyo Mohon Maaf Tercepat 20 Saat

oleh
19/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Masalah kereta api lambat tiba di stesen sama ada kerana masalah teknikal, bencana alam atau sikap pemandu sendiri bukan asing di kebanyakan tempat waima di negara maju sekali pun.

Namun di ibu negara Jepun, sebuah syarikat kereta api tempatan terpaksa meminta maaf secara formal kepada penumpang hanya kerana tren berlepas 20 saat lebih awal! Ya, cepat 20 saat! Bukan lambat 20 saat atau 20 minit.

Umum sedia maklum bahawa Jepun sememangnya terkenal dengan perkhidmatan kereta api yang laju, cekap dan tepat pada masa sehingga boleh dipercayai pengguna sendiri untuk mudah bergerak ke mana-mana destinasi.

Laluan Tsukuba Express, yang dikendalikan oleh Metropolitan Intercity Railway di daerah Tokyo, menghubungkan Akihabara di sini dengan Tsukuba di wilayah Ibaraki. Jaraknya pula kurang 64 kilometer, lapor Japan Today.

Bagaimanapun pihak syarikat itu tampil memohon maaf menerusi laman sesawangnya kepada penumpang yang terjejas dengan memuat naik kenyataan: “Kami meminta maaf atas kesulitan yang menjejaskan penumpang kami.”

Menurut laporan tersebut lagi, kereta api ekspres antara bandar berkenaan yang menghala ke utara itu sepatutnya secara rutin hanya boleh meninggalkan Stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi setiap hari bekerja biasa.

Bagaimanapun, pada 14 November lalu, kereta api tersebut dikesan telah meninggalkan stesen berkenaan pada pukul 9.44:20 iaitu 20 saat lebih cepat daripada kebiasaan waktu jadual perlepasan yang ditetapkan 9.44:40.

Syarikat itu menyatakan “ramai mungkin tidak sedar perbezaan 20 saat itu”, namun ia menambah “tren Jepun lazimnya tepat masa, sehingga penumpang dapat rancang perjalanan dan tiba di platform sebaik kereta api sampai”.

Ia menambah, sekurang-kurangnya beberapa penumpang akan terlepas tren jika ia meninggalkan stesen 20 saat lebih awal daripada biasa dan terpaksa menunggu sebuah lagi kereta api dalam masa empat minit kemudian.

Malah, tambahan lagi empat minit kepada masa perjalanan akan menyebabkan penumpang terlepas tren lain yang perlu dinaiki untuk sampai ke destinasi dan ini menyebabkan mereka lambat sampai ke sekolah atau tempat kerja.

Menurut operator berusia 26 tahun itu, “meskipun perbezaan masa tidak ketara, ia tetap ganggu dan berpotensi menyebabkan rasa malu bagi yang terjejas ekoran Metropolitan Intercity Railway tidak tepati janji jadual waktu.

“Walaupun ia bukan kesilapan yang amat memerlukan permohonan maaf, tidak salah jika (kami) ambil kesempatan meminta maaf atas sebarang masalah disebabkan oleh tren meninggalkan stesen lebih awal,” tambah syarikat itu.

Mungkin inilah disiplin standard atau piawaian tinggi yang kalau boleh, diterapkan menjadi contoh amalan murni kepada pengendali sistem pengangkutan rel awam di seluruh dunia nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunTokyo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd