• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karnival Bola Sepak Wanita B-14 Cungkil Bakat Pemain

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Karnival Bola Sepak Wanita Bawah 14 Tahun (B-14) yang julung kali bakal dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat sebagai platform terbaik mencungkil bakat baharu pemain wanita kebangsaan.

Ketua Jabatan Wanita FAM, Normala Abdul Rashid berkata pemain yang berjaya memperagakan aksi terbaik pada karnival berlangsung sehari esok itu, akan berpeluang diserap ke Sekolah Sukan Malaysia di Gambang, Pahang.

Beliau berkata karnival itu juga berperanan sebagai satu langkah dalam usaha merealisasikan sasaran FAM untuk melihat skuad wanita kebangsaan layak ke Piala Asia Wanita 2022.

“Karnival ini merupakan satu daripada usaha kita untuk mengenal pasti bakat baharu dan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, kita berjaya mendapatkan tempat bagi 25 pemain untuk dimasukkan ke Sekolah Sukan Malaysia di Gambang pada kemasukan Januari 2018.

“Ketika ini, kita sudah mempunyai 17 pemain dan sedang menunggu pelepasan daripada ibu bapa masing-masing. Selain itu, kita menyasarkan untuk layak beraksi pada Piala Asia 2022 dan pada masa ini segala usaha ke arah itu sedang diperhebatkan,” katanya kepada pemberita pada majlis undian kejohanan berkenaan di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Penganjuran sulung karnival tersebut menyaksikan 12 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan, termasuk satu pasukan dari Singapura.

Pasukan yang bertanding ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, SMK Taman Tuanku Jaafar dan SMK Tun Hussein yang diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B membariskan SMK Lubuk China, SMK Seri Kota dan SMK Seri Titiwangsa.

Kumpulan C terdiri daripada SMK Gunung Rapat, TMS Women Tiger dan SMK Ade Putra sementara Kumpulan D menyaksikan pasukan GDT Circuit FC dari Singapura berentap bersama-sama SMK Mutiara Impian dan SMK Bandar Baru UDA. – BERNAMA

Tags: Bola Sepak Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhirnya Man United Mahu Pasukan Wanita

22/03/2018
0

KELAB bola sepak sensasi England, Manchester United mengesahkan mengenai hasrat untuk melancarkan pasukan profesional wanita. Pasukan elit di Old Trafford...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd