• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM, Isteri Ziarah Anwar Di HKL Selesai Pembedahan

oleh
20/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERJIWA BESAR… Meskipun berbeza anutan politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap prihatin meluangkan masa menziarahi bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bersama-sama dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan ceria berbual dengan Ketua Umum PKR itu yang baharu selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara beberapa hari lalu.

Perkara tersebut malah dimuat naik Najib menerusi akaun rasmi Facebook miliknya kira-kira jam 7 petang Jumaat dan turut kelihatan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan Presiden PKR.

Najib turut sempat menulis kapsyen ringkas: “Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih.”

Perkongsian beliau yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu menerima reaksi positif netizen apabila dapat lebih 18,000 tanda suka dan dikongsi kira-kira 1,800 kali serta 2,200 komen lepas sejam disiarkan.

Ternyata di sebalik kesibukan pelbagai program rasmi sepanjang hari, Najib masih sempat melawat sahabatnya suatu ketika dahulu dalam UMNO sebelum Anwar dipecat zalim Mahathir Mohamad daripada kerajaan pada 1998.

Anwar; yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh akibat kesalahan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Najib sebelum ini pernah menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Haron Din ketika dirawat di Institut Jantung Negara di ibu negara. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar IbrahimDatuk Seri Najib Tun RazakHospital Kuala Lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd