• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasad 3 Sekeluarga Mangsa Bunuh Selamat Dikebumi

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Mayat tiga beranak yang dibunuh kejam di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, pada Rabu lepas, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Merabang di sini, hari ini.

Kira-kira 200 anggota keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung turut mengiringi jasad kesemua mangsa iaitu mendiang Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, ke tanah perkuburan berkenaan.

Turut hadir di upacara pengebumian pukul 12.25 tengah hari itu ialah tiga anak mendiang iaitu anak sulung, Kha Xing Fei, 19, Kha Xing Rhuu, 15, dan Kha Xiang Shyen, 8.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi berkata suspek kes pembunuhan tersebut kemungkinan sudah melarikan diri ke negara jiran.

Katanya polis akan meneruskan siasatan termasuk mendapatkan maklumat dan bantuan daripada polis Thailand bagi menahan suspek.

Beliau berkata polis sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh Wang@Pot, 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Katanya dendam disyaki menjadi motif pembunuhan tersebut. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd