• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIWP Sumbang RM5 Juta Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang RM5 juta menerusi kerajaan negeri untuk mangsa banjir di negeri masing-masing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bantuan diharap dapat meringankan beban mangsa yang akan bantuannya akan diteruskan di masa akan datang.

“Kita di MAIWP melihat pada saat-saat seperti ini semua pihak wajar dan perlu tampil bagi membantu, lebih-lebih lagi bencana banjir kali ini yang terburuk.

“Mereka (mangsa banjir) memerlukan pelbagai bantuan termasuk makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Saya memohon kepada semua pihak supaya mengambil kesempatan untuk turut membantu dalam pelbagai bentuk bantuan untuk disampaikan kepada mangsa banjir,” katanya kepada pemberita.

Beliau hari ini menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Negeri Sembilan yang diterima Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri.

Mohamad pula berkata dana itu akan diletakkan dalam Tabung Amanah Bencana Alam bersama dana lain untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana MAIWP yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi bukan sahaja rakyat di Negeri Sembilan, tetapi di seluruh negara terutama di negeri yang dilanda banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: MAIWPmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd