• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
17/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8 pagi ini meningkat kepada 930 orang berbanding 718 malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata enam pusat pemindahan (PP) yang menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di mukim Jitra, tiga pusat telah dibuka di Dewan Kubur Siam yang menempatkan 222 mangsa, Dewan Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra seramai 202 mangsa.

Manakala jumlah mangsa banjir di PP Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau kekal, iaitu masing-masing 130 dan 278 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di Kota Setar pada 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd