• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Paling Ramai Hidap Diabetes Di Terengganu

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Wanita merupakan golongan yang paling ramai menghidap diabetes dengan mencatatkan 61.5 peratus daripada 49,947 kes penyakit itu di Terengganu, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar.

Beliau berkata dari Januari hingga September lepas, jabatan itu mendaftarkan 23,546 orang pesakit dalam Registri Diabetes Kebangsaan yang terdiri daripada 14,684 pesakit wanita dan 8,862 pesakit lelaki.

“Kita memfokuskan kepada wanita kerana dilihat trend peningkatan pesakit diabetes adalah daripada mereka…ada diabetes biasa dan ada yang menghidap diabetes semasa mengandung.

“Dahulu, orang ingat jika mendapat kencing manis semasa mengandung, ia akan hilang selepas bersalin tetapi hakikatnya, penyakit berkenaan kekal 5 peratus dalam badan mereka…tidak mustahil ia meningkat pada masa hadapan jika tidak dicegah dari awal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Diabetes dan Hari Jantung Sedunia Peringkat Terengganu.

Selain hamil, diabetes juga berpunca daripada obesiti, keturunan, kurang bersenam dan tidak menjaga makan, katanya sambil memberitahu seramai 222 pesakit telah diamputasi dari Januari hingga September lepas.

Mohammad berkata Terengganu turut mencatat sebanyak 941 kes koronori tahun lepas dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 627 kes baharu direkodkan.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha menangani penyakit itu termasuk dengan menubuhkan sukarelawan KOSPEN bagi membantu anggota kesihatan mempromosikan makanan sihat, pengurusan berat badan dan perlaksanaan aktiviti fizikal secara berjadual di setiap lokaliti KOSPEN.

“Bermula Januari hingga September tahun ini, sebanyak 614 lokaliti KOSPEN berjaya diaktifkan dan seramai 3,104 sukarelawan berjaya dilatih sebagai sukarelawan KOSPEN.

“Mereka juga telah membuat saringan kesihatan kepada 46,972 penduduk di seluruh negeri dan daripada saringan itu 20,263 orang telah dikesan mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan paras gula yang tidak normal,” katanya. -BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mempromosikan penjualan baju-T khas bertemakan Rukun Negara. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd