• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mulakan Petisyen Kalau Tak Nak Aku Ke AJL” – Altimet

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN sudah tiga hari pengumuman lagu yang layak berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) diumumkan, nampaknya masih ada ‘berbunyi’ dengan keputusan tersebut.

Terdahulu, Ayda Jebat ada menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya semasa membalas komen netizen menerusi laman Instagramnya.

Khabarnya, penyanyi kecil molek ini tidak berpuas hati lagunya, Mata gagal menempatkan tempat ke pentas akhir pertandingan tersebut.

Baca: Lagu Mata Gagal Ke AJL, Ayda Tak Puas Hati?

Namun, berbeza pula cerita untuk penyanyi Altimet. Dikatakan ada sesetengah netizen seakan-akan ‘menyerangnya’ di akaun Twitter.

Ekoran ketidakpuasan hati yang ditunjukkan di laman itu, Altimet memuat naik beberapa tweet ke laman Twitter miliknya.

Menurut kicauan tersebut, Altimet mencabar netizen dan pihak yang merasakan lagu Amboi nyanyiannya tidak layak ke AJL untuk membuat satu petisyen dan dihantarkan kepada pihak Media Prima.

Dalam tweet tersebut, Altimet menyatakan tindakan menarik diri daripada terus bertanding merupakan satu tindakan bodoh.

Namun, sekali lagi Altimet memuat naik satu kicauan menyuruh pihak tersebut membuat petisyen dan tweet menggunakan hashtag #TakNakAmboi.

Siapa taknak lagu aku masuk #ajl32, tweet la hashtag ni, #TakNakAmboi. Kemon, power to the people. Kasi Media Prima nampak. Protes! Lelz.

— Altimet (@altimet) 13 November 2017

Bagaimanapun, rata-rata peminat Altimet merasakan lagu itu layak ke AJL kerana kekuatan liriknya yang penuh dengan pengajaran.

Ada juga yang mengingatkan bahawa lagu yang layak dipilih oleh juri dan pemilihan bukanlah hanya terletak kepada vokal dan persembahan, sebaliknya keseluruhan lagu tersebut termasuklah lirik.

Dalam pada itu, Altimet ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya.

Menurut posting tersebut, Altimet menunjukkan yang dia tidak akan berhenti dan berputus asa memperjuangkan lagu-lagu dan karyanya.

Amboi merupakan karya keempatnya yang berjaya ke pentas pertandingan berprestij tersebut.

Walau apapun, 12 lagu telah pun ditentukan juri. Jadi, nantikan sahaja persembahan mereka dan good luck buat kesemuanya! – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: AJL32AltimetAmboiAnugerah Juara Lagu 32
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

10/02/2024
0

AMPANG - Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti 'kembar' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed...

Afdlin Shauki, Altimet Sertai PKR

02/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd